PRODUK


SABUN AQURA

Sabun Karbon yang menakjubkan, membersih kulit secara lembut. Menghilangkan kegatalan dan bau dengan hanya satu mandian. Kelebihan ion negatif dengan sinar infra merah jauh memberi lebih kesegaran serta mengembalikan tenaga.
Sabun Karbon Aqura memberikan kebersihan yang ketara dengan satu sentuhan lembut. Diperbuat dengan menggunakan suhu dan haba yang amat tinggi, karbon merupakan bahan utama disebalik keberkesanan Aqura. Aqura sebenarnya mengembalikan tenaga semasa anda mandi! Kandungan akti-karbon di dalam sabun mandi mengeluarkan ion-ion negatif dan sinaran infra merah jauh. Inilah sebabnya anda akan mengalami keberkesanan Aqura, dan kesegaran yang berpanjangan. Sabun hitam semulajadi Sabun Mandi Aqura diperbuat dengan serbuk Akti-karbon halus, Nano Silver dan minyak kelapa sawit. Akti-karbon mengeluarkan ion-ion negatif dan sinaran infra merah jauh, mengekalkan kesegaran untuk tempoh yang lebih lama.

Anti-Bakteria dan Sterilisasi
Nano Silver ditambahkan ke dalam sabun Aqura untuk kesan anti-bakterianya. Apabila ia bertembung dengan bakteria, Nano Silver akan menghapuskan elektron dari permukaan organisma tersebut, menghalang bacteria dari berfungsi dan seterusnya membunuh bakteria tersebut. Sebahagian Nano Silver yang tertinggal di atas kulit dan di dalam rongga mengekalkan kesegaran anda untuk tempoh yang lebih lama. Nano Silver membersihkan kulit secara sempurna dengan menghapuskan kulit dan sel-sel yang telah mati. Ia juga mempamerkan keberkesannya untuk jerawat. Ion-ion negatif dan Sinaran Infra Merah Jauh.


Akti-karbon mengeluarkan Ion-ion negatif.
Digelar “Vitamin udara”, Ion-ion negatif membantu hemoglobin di dalam darah untuk menggerakkan zat-zat dan menukarkannya kepada tenaga. Akti-karbon juga mengeluarkan sinaran Infra Merah Jauh yang telah terbukti oleh ahliahli Sains untuk mempertingkatkan tahap tumbesaran dan kesihatan sel-sel hidup. Sinaran Infra Merah Jauh mengeluarkan jutaan getaran ‘bio’ seminit, yang akan bertindak sebaik sahaja ia bersentuhan dengan kulit. Fungsi ini memperbaharui sel-sel kulit dan melindungi kulit dari kesan penuaan.


Apakah Cecair Karbon?
Cecair karbon merupakan bahan aktif di dalam Sabun Muka Aqura. Cecair karbon diperbuat terutamanya daripada asid pyroligeneous yang diketahui oleh pakar-pakar pelbagai bidang untuk kesan kesihatan dan kecantikannya yang positif, dan digunakan di dalam kehidupan seharian orang Jepun. Cecair karbon merupakan asid pyroligeneous yang asli. Ia mengandungi lebih dari 200 jenis bahan, termasuk asid asetik, methyl, acetone dan kandungan bahan kimia lain yang lebih kecil. Ia merupakan cecair yang asli dan semulajadi. Asid pyroligeneous mempunyai sejarah yang lama dan ia diketahui oleh kesan sterilisasinya. Ia telah digunakan selama berabad lamanya sebagai ejen sterilisasi, penghapus bau, dan juga dalam perubatan bagi masalah usus. Apabila ditambah kedalam air, kesan antiseptik, anti-bengkak dan anti-allergi bahan-bahan organik seperti asid asetik fenol akan mengecutkan saiz molekul air, mempercepatkan penyerapan ke dalam kulit dan menambahkan pengaliran tenaga, menjadikannya sempurna sebagai sabun muka.







ENCERA BB CREAM
BB = Blemish Balm




Apa itu Krim BB?
Encera BB Cream adalah produk penjagaan kulit pelbagai guna dengan fungsi kosmetik bervariasi. Ia adalah penutup asas (mekap semulajadi, panahan matahari, pelembap, pengawal minyak dengan ciri-ciri penyembuh (menjana semula kulit), anti penuaan serta pemutih.

BB Cream juga mampu menyamakan warna tona kulit, bintik hitam, kesan parut dan menambah seri kulit tanpa kesan mekap asas yang tebal. Penggunaan produk ini yang berlanjutan akan meningkatkan tekstur keseluruhan kulit dan mengurangkan parut jerawat.

Encera BB Cream amat sesuai bagi semua jenis kulit terutama bagi jenis yang sensitif dan mudah berjerawat.

Ketahui mengapa BB Cream adalah yang terhangat!

BB Cream produk kecantikan yang begitu popular di ASIA. Sejarah BB Cream sebenarnya bermula sejak tahun 1960 sewaktu krim sapu yang pertama diperkenalkan sebagai sejenis kosmetik umum. Pada mulanya ahli darmatologi menggunakannya untuk membantu pesakit pembedahan laser bagi melindungi, melembut dan membina semula kulit mereka yang sensitif itu selain memberikan perlindungan daripada parut dan kemerahan pasca pembedahan.

Kehangatan produk ini bermula pada tahun 2006 dan kebanyakan artis terutama di Korea menggunakan produk BB Cream ini bagi mencapai rupa menawan yang semulajadi. Di sinilah bermulanya "gaya hidup tanpa mekap". BB Cream juga begitu popular dengan "krim ajaib" keberkesanan memperbaiki kulit. BB Cream nyata berbeza dengan produk lain sebagai kosmetik dan untuk perawatan kulit.


Rahsianya berada di dalam Sel Tangkal Epal
Encera BB Cream dirumus daripada Sel Tangkal Epal dari buah epal swiss-German yang terancam dikenali sebagai Uttwiler Spatlauber untuk memberi satu penyelesaian unik dalam anti penuaan untuk semua lapisan umur.

Jimat Masa, Jimat Wang!
Encera BB Cream amat mudah digunakan. Ia merupakan produk gabungan yang mengatasi kesemua produk kosmetik harian anda. Ia memudahkan rutin konvensional kepada penggunaan yang ringkas dan mudah.

Dengan satu aplikasi BB Cream yang mudah, anda tidak perlu lagi memakai pelembap, pelindung matahari, ubat jerawat, losyen, penutup, bedak asas, krim pemutih dan anti penuaan.

Fungsi Encera BB Cream
1. Menutup kulit bermasalah secara lembut dan semulajadi. Hanya sedikit sahaja bagi menyamakan warna kulit.
2. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit.
3. Selepas menggunakan selama 15-20 minit, ia menyesuaikan warnanya mengikut kulit anda secara semulajadi.
4. Kesan pelembap. Membantu kulit mendapat kesan optimum.
5. Tona kulit yang tidak sama akan dilitupi secara semulajadi. Warna kulit gelap dan lesu akan menjadi putih dan bersinar.

Lihatlah kesan Encera BB Cream
Memberikan pelitupan seperti bedak asas dengan menutupi jerawat, liang, parut, garisan dan tona kulit yang tidak sekata. Membantu merapatkan liang dan memperbaiki keadaan kulit.

Ia bertindak sebagai lapisan pelindung yang mengawal lebihan minyak dan pada masa yang sama membekalkan kelembapan yang cukup kepada kulit daripada sinaran UV dan pencemaran alam sekitar.

Sebulan Selepas penggunaan Berterusan:
Selepas penggunaannya selama sebulan, ia akan menjadikan kulit anda lebih licin, halus dan sentiasa segar.

Ciri-ciri dan faedah Encera BB Cream
1. Menghasilkan rupa yang semulajadi dan "tanpa mekap"
2. Memberikan pelitupan yang sempurna tanpa menyumbat liang kulit.
3. Berfungsi seperti pelembap berwarna.
4. Menutup semua jenis pigmentasi, perubahan warna, jerawat dan kesan parut pada kulit.
5. Mempunyai ciri-ciri yang melembut, melembap dan menghaluskan kulit.
6. Mengalakkan penumbuhan kulit bagi menghasil dan mengekalkan keremajaan.
7. Mengandungi pelindung UV untuk kesihatan kulit (SPF35/PA+++)

Keajaiban Encera BB Cream

Keajaiban pertama adalah sebagai essensial krim, menutrisi kulit, tegangkan dan menghaluskan kulit sehingga tampak selembut sutera...

Kedua sebagai sunblock, dengan SPF-35 yang melindungi kulit dari sinar UV yang dapat menyebabkan bintik hitam di wajah. Ketiga sebagai alas bedak, membantu memperbaiki masalah kulit dan melindungi wajah dari bahan bahan kimia berbahaya produk make up lain.

Dan keajaiban terakhir adalah sebagai foundation yang membuat make up tampak sempurna dan wajah tidak berminyak sepanjang hari, sesuai untuk semua jenis kulit, tidak menyumbat pori pori dan sgt best di gunakan setiap hari.

Jadi BB cream bukan hanya alas make up tapi skin care + make up.
Rajin2 la pakai BB Cream yer tuk kulit cantik cam artis korea